-"kau masih marah?"
-"tak lah...wat apa aku nk marah.."
-"maafkan aku krn tak melindungimu"
-"tak pe aku dah biasa dengan maki hamun dia"
Laila masih berteleku ditepi pintu dapur selepas saiful suaminya menghempaskan pintu keluar dari rumah. Saiful sengaja mengada-adakan cerita yang kononnya Laila bermain mata dengan pelanggan. Laila dengan lembut menafikan tapi pantas saja memulas tangan Laila kebelakang....
-"bukan ke haji saidin tu datang nak tengok kau...bukan nak beli barang2 yang kau jual kan? itu belum lagi yang lain2. kau ingat aku tak pernah dengar orang bercakap tentang kau"..berapi-api hujah dari mulut suaminya lagak pendakwaraya.
-"masaallah...sumpah bang...Laila tak pernah buat semua tu.Laila ikhlas berniaga untuk bantu abang"
-"ptuiiiii....kau ingat aku bodoh";serentak itu Laila terasa pitam akibat penampar Saiful lekat dipipinya...
laila terdiam dan kaku...serentak itu kelibat Andi didepan pintu rumah teres dua tingkat itu...
-"kau nak apa pulak nih?" jerkah Saiful.Andi yang merupakan anak angkat kepada emak laila cuba tersenyum
-"emak suruh saya hantar ni pada kak Laila bang..." perlahan Andi mengunjukkan tupperware berisi makanan pada saiful
-"ah! alasan...kau pun sama kan...alasan nak mengatal dengan perempuan murahan ni" getus Saiful.
-"astagfirullah bang....emak yang suruh saya ke mari".
-"itu hari ni...hari yang lain2 kau selalu kesana kemari dengan Laila tu apa?kau ingat aku buta?"
-"Laila dah anggap Andi macam adik laila sendiri bang".Laila cuba membela diri
-"Ooo pandai menjawab lak eh...Kau nak bela sangat budak indon nih.Dasar indon tak sedar diri"
-"Maaf Laila kalau kerana aku kau tanggung akibat ni". Andi sedar diri dia menumpang hidup dinegara orang. Dia kerja dikilang berhampiran.sejak dia datang ke Malaysia dan secara tak sengaja membantu Mak Yam , emak laila ketika memasukkan barang ke kereta selepas membeli belah di pasaraya di pekan. Sambil mengucapkan terima kasih, Mak Yam sempat bertanyakan nama , tmpat tinggal dan
serba sedikit tentang Andi.Timbul rasa kasih di hati Mak Yam dengan budi pekerti dan sopan santun Andi. ketika itu Andi hanya 19 tahun. Katanya selepas tamat persekolahan terus berhijrah ke malaysia mencari rezeki. timbul rasa kasih di hati Mak Yam yang kebetulan tak punya anak lelaki.Laila dan kakaknya Shima yang menjadi tempat Mak Yam bermanja...
Laila bangunlah dari mimpimu....kuatkan lah hati dan semangatmu....sejak kahwin hingga beranak enam laila tak pernah rasa bahagia...kawan2 nasihatkan laila tuntut fasakh sebab saiful pernah ditahan kerana mengedar ubat batuk...laila lah yg bergolok gadai untuk menjamin saiful...itu belum lagi kes anak luar nikah Saiful dengan kartina, Laila jugak yang terkena tempiasnya...kononnya Laila pentingkan perniagaan dari suami.
Laila terpaksa menumpang di rumah ibunya setelah Saiful mengarahkan dia keluar sebelum dia pulang
ke rumah petang semalam. Nasib baik sekolah anak2nya cuti 14 hari.Terpana Mak Yam bila melihat Laila mengangkut pakaian dan anak2nya pulang ke rumahnya.
"mak laila tumpang disini dulu seminggu yea"ujar Laila tanpa memandang emaknya.Takut emaknya perasan bekas tangan Saiful dipipinya
"ini pun rumah kau laila...duduk la seberapa hari kau nak" perlaham Mak yam menjawab.Hatinya sebak melihat penderitaan anaknya...Nazri , anak angkatnya itu sudah menceritakan padanya semalam selepas pulang dari rumah Laila. Mak Yam terasa menyesal kerana memaksa Laila berkahwin dengan Saiful. Kononnya Saiful kerja kerajaan ....kononnya nanti dapat menjamin masa depan laila.
-"Laila smpai bila kau nak bertahan?"
-"siapa aku Andi?talaq bukan ditanganku..."ujar Laila lemah
-"tapi sekurang2nya kau mesti berusaha utk membela nasib mu dan ank2 mu..."
-"semoga Allah mendengar rintih tangisku. aku takkan berhenti berdoa agar dia berubah..."Laila berharap
-"terlalu kuat kasihmu pd dia laila sedang dia sering membuat kamu menangis..selalu buat kau kecewa" kesal juga Andi bila melihat Laila berteleku lemah smbil menutup pipi bekas tamparan Saiful.
-""tak pe lah...hidup kita diatur oleh yang Esa...siapa aku nak menahan langit runtuh dengan sebatang jari....hanya Dia Andi......hanya Dia yang mengetahui segala rahsia kehidupan" .Laila amat takut dengan kebuasan suaminya.
Sudah berkali-kali Saiful melafazkan cerai pada Laila...tapi sehari dua dia akan memujuk laila semula. kononnya dia amat menyayangi Laila. Semua yang terjadi di luar sedarnya. Laila akan terpujuk dengan kata2 lembut suaminya. Selalunya hanya sehari dua dia menunjukkan sikap baiknya. Dia buat baik hanya untuk meminta duit dari Laila...Laila memang tak keberatan membantu suaminya.Tapi bagi Saiful ,Laila teramat bodoh kerana tak berani membantah. Bila dah dapat apa yang dia mau dia akn keluar rumah smpai berhari2 apalagi hujung minggu.pantang kalau ditanya...alamat Laila akan makan nasi berlaukkan airmata.
bersambung.......
No comments:
Post a Comment