http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com http://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.comhttp://www.emoticonswallpapers.com

Friday 23 September 2011

Andai Itu TakdirMu....

-"kau masih marah?"
-"tak lah...wat apa aku nk marah.."
-"maafkan aku krn tak melindungimu"
-"tak pe aku dah biasa dengan maki hamun dia"

Laila  masih  berteleku  ditepi  pintu  dapur  selepas  saiful  suaminya  menghempaskan  pintu  keluar  dari rumah. Saiful  sengaja  mengada-adakan  cerita  yang kononnya Laila  bermain  mata  dengan  pelanggan. Laila dengan lembut menafikan tapi pantas saja memulas tangan Laila kebelakang....

-"bukan ke haji saidin tu datang nak tengok kau...bukan nak beli barang2 yang kau jual kan? itu belum lagi yang lain2. kau ingat  aku  tak  pernah  dengar  orang  bercakap  tentang kau"..berapi-api hujah dari mulut suaminya lagak pendakwaraya.

-"masaallah...sumpah bang...Laila tak pernah buat semua tu.Laila ikhlas berniaga untuk bantu abang"
-"ptuiiiii....kau ingat aku bodoh";serentak  itu  Laila  terasa  pitam akibat penampar Saiful lekat  dipipinya...
laila terdiam dan kaku...serentak itu kelibat Andi didepan pintu rumah teres dua tingkat itu...

-"kau nak apa pulak nih?" jerkah Saiful.Andi yang merupakan anak angkat kepada emak laila cuba tersenyum
-"emak suruh saya hantar ni pada kak Laila bang..." perlahan Andi mengunjukkan tupperware berisi makanan pada saiful
-"ah! alasan...kau pun sama kan...alasan nak mengatal dengan perempuan murahan ni" getus Saiful.
-"astagfirullah bang....emak yang suruh saya ke mari".
-"itu hari ni...hari yang lain2 kau selalu kesana kemari dengan Laila tu apa?kau ingat aku buta?"
-"Laila dah anggap Andi macam adik laila sendiri bang".Laila cuba membela diri
-"Ooo pandai menjawab lak eh...Kau nak bela sangat budak indon nih.Dasar indon tak sedar diri"

-"Maaf Laila kalau kerana aku kau tanggung akibat ni". Andi  sedar diri  dia  menumpang  hidup dinegara orang. Dia  kerja  dikilang berhampiran.sejak dia  datang  ke Malaysia dan secara tak sengaja membantu  Mak Yam , emak  laila  ketika   memasukkan   barang ke kereta  selepas  membeli  belah  di pasaraya di pekan. Sambil  mengucapkan  terima  kasih,  Mak  Yam  sempat  bertanyakan  nama , tmpat  tinggal dan
serba  sedikit  tentang  Andi.Timbul  rasa kasih di hati  Mak Yam dengan  budi  pekerti dan sopan santun Andi. ketika  itu Andi  hanya 19  tahun. Katanya  selepas  tamat persekolahan terus berhijrah ke malaysia mencari  rezeki. timbul  rasa  kasih  di hati  Mak  Yam  yang  kebetulan  tak  punya  anak  lelaki.Laila dan kakaknya Shima yang menjadi tempat Mak Yam bermanja...

Laila  bangunlah  dari  mimpimu....kuatkan lah  hati dan semangatmu....sejak kahwin hingga beranak enam laila tak pernah rasa bahagia...kawan2  nasihatkan  laila  tuntut  fasakh  sebab saiful pernah ditahan kerana mengedar ubat batuk...laila lah yg bergolok gadai untuk menjamin saiful...itu belum lagi kes anak luar nikah Saiful dengan kartina, Laila  jugak  yang  terkena tempiasnya...kononnya  Laila pentingkan perniagaan dari suami.

Laila   terpaksa  menumpang  di rumah  ibunya  setelah  Saiful mengarahkan dia keluar sebelum dia  pulang
ke rumah  petang  semalam. Nasib  baik sekolah  anak2nya  cuti  14 hari.Terpana  Mak Yam  bila  melihat Laila mengangkut pakaian dan anak2nya pulang ke rumahnya.

"mak laila tumpang disini dulu seminggu yea"ujar Laila tanpa memandang emaknya.Takut emaknya perasan bekas tangan Saiful dipipinya

 "ini pun rumah kau laila...duduk la  seberapa  hari  kau  nak" perlaham Mak yam menjawab.Hatinya sebak melihat  penderitaan  anaknya...Nazri , anak angkatnya  itu  sudah  menceritakan padanya semalam selepas pulang  dari   rumah  Laila. Mak Yam  terasa  menyesal  kerana  memaksa Laila berkahwin  dengan  Saiful. Kononnya  Saiful kerja kerajaan ....kononnya nanti dapat menjamin masa depan laila.

-"Laila smpai bila kau nak bertahan?"
-"siapa aku Andi?talaq bukan ditanganku..."ujar Laila lemah
-"tapi sekurang2nya kau mesti berusaha utk membela nasib mu dan ank2 mu..."
-"semoga  Allah  mendengar  rintih  tangisku. aku takkan berhenti berdoa agar dia berubah..."Laila berharap
-"terlalu kuat kasihmu pd dia laila sedang dia sering membuat kamu menangis..selalu buat kau kecewa" kesal juga  Andi  bila  melihat  Laila  berteleku  lemah  smbil  menutup  pipi  bekas  tamparan Saiful. 

-""tak pe lah...hidup  kita  diatur  oleh  yang  Esa...siapa aku  nak  menahan  langit  runtuh  dengan  sebatang jari....hanya Dia Andi......hanya  Dia yang mengetahui  segala  rahsia  kehidupan" .Laila  amat  takut  dengan kebuasan suaminya.

Sudah  berkali-kali  Saiful  melafazkan  cerai  pada  Laila...tapi  sehari  dua  dia  akan memujuk laila semula. kononnya dia  amat  menyayangi  Laila. Semua  yang terjadi di luar sedarnya. Laila  akan  terpujuk  dengan kata2  lembut  suaminya. Selalunya hanya sehari dua dia menunjukkan sikap baiknya. Dia  buat  baik hanya untuk  meminta  duit dari Laila...Laila  memang  tak   keberatan  membantu suaminya.Tapi bagi Saiful ,Laila teramat bodoh kerana tak berani membantah. Bila dah dapat apa yang dia mau dia akn keluar rumah smpai berhari2 apalagi hujung minggu.pantang kalau ditanya...alamat Laila akan makan nasi berlaukkan airmata.

bersambung.......

No comments: